LATAR BELAKANG

  • Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah
    Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan
    Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke
    Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah
    Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab
    Rendah Sains MARA (MRSM)
  • Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:
    • Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point.
    • Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus